Marsha memberitahu ketika sidang media waktu itu, sebenarnya dia mengalami kemalangan kecil apabila telah terlanggar pembahagi jalan. Namun Marsha masih dapat terus memandu sehinggalah tiba di kediamannya. Kemudian ketika berada di kawasan parkir, tiba-tiba Marsha pengsan dan apabila sedar Marsha telah berada di hospital. Itu sahaja cerita sebenar daripada Marsha, selain menafikan pengsan kerana putus cinta. Memang diakui Marsha, yang dia dan kekasihnya (orang Melayu dan Islam) sudah putus cinta beberapa minggu sebelum itu.








