nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Friday, September 23, 2011

Gila, Bunuh anak dan kemudian bawa pergi membeli belah


Toyrianna Smith (20) ialah seorang ibu muda dengan 2 anak yang berusia 3 tahun manakala seorang lagi berumur 3 bulan bernama Ken Blackman Jr. Malam rabu yang lalu, Toyrianna pergi ke rumah kawannya untuk berpesta. Beliau minum sehingga mabuk.


Anak lelaki beliau mula menangis. Toyrianna menelangkupkan sebuah selimut diatas kepada si anak sebelum menamparnya beberapa kali sehingga diam.Ken Blackman Jr diam seketika tetapi diamnya tak lama. Si ibu mula marahbila beliau tak dapat tidur dan melakukan perkara yang sama sekali lagi. Tapi kali ini si bayi terus diam untuk selama-lamanya kerana mati lemas ditelangkup terlalu lama.

Pagi esoknya dia merasa bersalah Toyrianna berlakon macam anak dia masih bernyawa. Jasad Ken Blackman diletakkannya didalam pengendong bayi dan beliau pergi membeli belah dengan selamba. Lepas dah shopping dengan mayat anak yang sudah mula mereput Toyrianna singgah di sebuah rumah jiran. Si jiran perasan bayi yang dikendong Toyrianna nampak aneh. Toyrianna kata bayi itu sedang tidur dan jangan dikacau. Si jiran tak puas hati dan mendapati Ken sudah tidak bernyawa. Beliau kemudian melihat kesan darah pada selimut Ken dan menalefon pihak polis.

Toyrianna Smith ditahan oleh pihak polis atas kesalahan membunuh kelas pertama dan diletakkan ikat jamin USD 1 JUTA. 
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates