nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, September 26, 2011

Kasihan Lelaki Ini, Ingin Tolong Burung Tapi Kehilangan Mata Pula


INILAH.COM, London – Bermaksud menolong seekor burung yang sedang terluka, Michael Buckland malah cedera. Si burung mematuk matanya hingga terluka dan keluar dari rongga mata.

Buckland (38) diserang oleh seekor burung laut Gannet yang dia cuba selamatkan, saat berada di pantai. Ia mengangkat si burung yang kemudian mematuk wajahnya kerana panik melihat seekor anjing yang berlari ke arah mereka.

Paruh burung yang tajam mematuki wajah Buckland berulangkali. Setidaknya tiga kali bola mata kanannya kena patuk dan kelopak mata kiri terbelah jadi dua.

“Saya meletakkan tangan kanan di wajah dan merasakan lubang besar, tempat mata saya seharusnya berada. Bola mata saya tergantung ke luar dan saya harus memasukkannya kembali ke dalam rongga,” ujarnya, kepada The Sun.

Dibantu kekasihnya, Buckland memerlukan waktu 45 minit untuk kembali lagi ka taman karavan tempat mereka menginap selama cuti itu. Kemudian mereka ke hospital dan lelaki itu mendapat 11 jahitan di bola matanya.

Kini, hanya mata kiri Buckland yang masih berfungsi. Akhirnya, mereka kembali lagi ke pantai tersebut dan mendapati si burung terbaring tak bernyawa di pasir.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates