Yang pasti kita semua berdoa agar mereka berbahagia sahaje ler yer. Jangan doakan yang tak baik, Islam tak ajar macam tu. Seperkara lagi, Norman ketika akhir majlis penuh makna itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Abby. Bukan terima kasih untuk memberi laluan bernikah buat kali ke-2, tapi lebih kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka dahulu. Ikuti kata Norman yang dipetik dari laman selebriti Gua.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Abby kerana dia yang sediakan pakaian untuk anak-anak untuk dipakai pada majlis pernikahan hari ini. Pada mulanya, saya pun tidak terfikir untuk bawa anak-anak pada majlis nikah ini. Ingatkan, biarlah mereka datang kemudian untuk majlis resepsi sahaja. Tapi, Abby yang cadangkan saya bawa mereka.
Malah, dia juga yang sediakan baju yang mereka pakai tadi.. Saya lihat hubungan saya dan Abby sekarang ini sudah semakin baik. Peredaran waktu membuatkan masing-masing boleh menerima apa yang berlaku. Walaupun kini saya telah menjadi suami kepada Memey, tetapi ini tidak bermakna Abby tidak boleh menghubungi saya lagi. Saya juga tidak kisah jika Abby mahu berkongsi masalah dengan saya. Memang kami telah berpisah, tetapi kami ada hubungan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak,” ulas Norman.