
ayah bayi menghayun anaknya depan buaya yang kelaparan
Namun sesungguhnya itulah sebahagian daripada ritual masyarakat keturunan Afrika yang berada di Karachi Pakistan. Anak kandung sendiri dihayun hayun di depan buaya kelaparan.Mereka adalah komuniti penganut aliran Sheedi yang menganggap buaya adalah haiwan yang suci dan mampu membawa rezeki serta kesejahteraan manusia. Menurut laporan akhbar Daily Mail,masyarakat Sheedi sangat yankin buaya tidak akan makan anak mereka kerana buaya adalah haiwan yang suci.
Masyarakat keturunan Afrika-Pakistan di Karachi,Buaya yang ada di kompleks kuil umat Sheedi Karachi tersebut menjadi tempat pemakaman mereka apabila mereka meninggal dunia. Mereka selalu berhajat agar mayat mereka akan dibuang ke dalam kolam kuil yang dipenuhi buaya suci tersebut dengan tata cara dan ritual,kerana keistimewaan haiwan reptilia tersebut membuat mereka percaya bahawa buaya merupakan dewa mereka.

