Jantung seorang lelaki Inggris berusia 53 tahun sempat berhenti selama 3,5 jam. Namun nyawanya boleh tertolong setelah pasukan doktor melakukan chest compression.
Arun Bhasin, ditemukan tak sedarkan diri setelah dia pengsan di jalan raya yang licin dalam keadaan suhu yang beku akhir Desember lalu. Dia diketahui tergelincir dan mengalami luka di bahagian kepala. Ketika dilarikan ke hospital baru diketahui bahawa dia mengalami serangan jantung.
Beruntung dia dibawa ke Cyroydon University Hospital, di London Selatan, yang merupakan hospital terbaik kedua di England dalam menangani kes penyakit jantung.
Pasukan doktor yang menanganginya dengan melakukan usaha tekanan dada menggunakan mesin CPR terkini, AutoPulse, yang bertujuan untuk mengembalikan fungsi paru-paru dan jantung.
"Dia sudah tiada harapan kerana tidak ada denyut jantung atau nadi selama 3-3,5 jam. Karena itu sebuah keajaiban melihatnya sedar kembali,' kata Dr.Nigel Raghunath yang menanganinya.
Resusitasi jantung paru (cardiopulmonary resuscitation/CPR) merupakan prosedur standard untuk menangani kes orang yang berhenti bernafas. Tanpa CPR, seseorang yang henti nafas hanya mampu bertahan hidup selama beberapa minit saja. Setiap tahunnya, jutaan orang meninggal kerana terlambat mendapat bantuan perubatan akibat serangan jantung.
Sementara itu Bhasin mengaku sangat bersyukur diberi kesempatan untuk hidup lagi. "Saya orang yang sangat beruntung kerana saya dirawati oleh doktor-doktor hebat," katanya