nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, October 3, 2011

Kejam, ibu ini sanggup bunuh dua bayi kembarnya yang baru lahir

Entah apa yang ada didalam hati ibu muda ini. Wanita AS itu sampai hati membunuh dua bayi kembarnya yang baru lahir.

Pihak polis AS menangkap wanita bernama Lindsey Lowe tersebut di Hendersonville, dekat Nashville, Tennessee. Dia ditahan setelah ayahnya menemui jasad bayi dalam bakul cucian.

Kepada polis, wanita berumur 25 tahun itu mengaku selama ini telah menyembunyikan kehamilannya dari ibu bapanya. Dia melahirkan bayi kembar di tandas rumah ibu bapanya dan menutup mulut kedua bayi lelaki tersebut supaya tangisan mereka tidak didengar oleh ibu bapanya.

Selama hamil, Lowe mengaku tidak pernah membuat pemeriksaan diri di hospital. Pihak polis ketika ini sedang menyiasat siapakah ayah bayi kembar malang tersebut.

Menurut polis tempatan, Lowe mengakui telah melahirkan malam waktu ketika berada didalam tandas rumah ibu bapanya. Bayi pertama jatuh ke tandas dan menangis. Oleh kerana dia tidak mahu diketahui ibu bapanya, dia menutup mulut bayi itu sehingga bayi malang itu meninggal.

Beberapa minit kemudian, Lowe melahirkan bayi kedua yang juga jatuh ke tandas. Dia pun mengulangi kelakuannya lalu meletakkan kedua bayinya didalam bakul cucian dan menutupinya dengan selimut.

Menurut polis, kedua bayi memiliki berat badan sekitar 2.3kg hingga 2.7kg. Atas kejadian ini, Lowe didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan terus ditahan tanpa kemungkinan bebas dengan jaminan.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates