nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, October 3, 2011

Kejam. Ibu mengkebumikan anak yang baru lahir hidup-hidup

Di Vietnam heboh kerana seorang ibu di Vietnam ditahan setelah mengkebumi hidup-hidup bayi lelakinya yang baru saja lahir.

"Ibu malang itu mengatakan, tidak mengerti mengapa dirinya mengkebumikan bayinya sendiri. Siasatan awal menunjukkan, dia secara sengaja membunuh bainya dan dia didakwa atas kes pembunuhan," ujar pejabat polis tempatan Nguyen Cong Hoan..

Tran Thi Thanh melahirkan bayi lelakinya pada 3 September lalu ketika bekerja di sebuah kebun kopi di Daerah Cu Mgar yang terletak di sebuah pegunungan di Dak Lak. Wilayah ini merupakan dataran tinggi di tengah Vietnam.

Wanita berusia 40 tahun yang memiliki empat orang anak ini mengkebumikan bayi lelakinya yang baru lahir dan pulang ke rumah. Seekor anjing menggali tanah di mana bayi Tran dikubur dan memakan daging bayi tersebut.

Penduduk kampung yang berada di sekitar Cu Mgar menemui potongan jasad bayi tersebut dan langsung membuat laporan polis. Tran pun akhirnya ditangkap oleh polis tempatan.

Polis mengatakan, keluarga Tran sangat miskin, dan pembunuhan keatas bayinya mungkin dilakukan atas dasar ketidaksanggupannya dalam memberi makan anak-anaknya.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates