nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Tuesday, October 4, 2011

Mayat wanita ditemui sudah reput dan berbau akibat tersepit di pintu pejabat


ANGGOTA polis mengangkat mayat Wan Ching yang ditemui mati akibat terperangkap di pejabat sebuah persatuan di Jalan Yam Tuan, Seremban semalam.

SEREMBAN – Misteri kehilangan seorang wanita sejak seminggu lalu terjawab apabila dia ditemui mati dalam keadaan mayatnya sudah berbau dan reput akibat terperangkap di antara pintu dan besi jeriji di sebuah pejabat di Jalan Yam Tuan di sini semalam.

Mayat Hue Wan Ching, 79, dijumpai di ruang luar sebuah pejabat yang terletak di tingkat tiga oleh anak saudaranya pada pukul 11 pagi.

Difahamkan, pejabat berkenaan dijadikan rumah kelab oleh sebuah persatuan. Mangsa tinggal premis itu sebagai penjaga bangunan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan keadaan mayat mangsa, wanita itu dipercayai telah mati kira-kira lima dan enam hari lalu akibat serangan jantung.

Katanya, wanita itu disyaki terperangkap terlalu lama di antara pintu dan jeriji besi yang berkeluasan kira-kira enam meter persegi.

“Kita percaya mangsa terperangkap kerana ketika ditemui pintu pejabat dan jeriji besi itu terkunci manakala kunci kedua-dua pintu berkenaan berada di dalam pejabat.

“Mayat mangsa dijumpai oleh seorang anak saudaranya yang bimbang dengan keadaan wanita itu selepas gagal menghubunginya sejak beberapa hari lalu,” katanya.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates