nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, October 3, 2011

Natasha Hudson penagih dadah?

TANPA publisiti berlebihan, kerjaya pelakon dan model, Natasha Hudson tetap berjalan seperti biasa. Tidak menoleh ke kiri dan kanan serta mempedulikan cakap-cakap negatif yang mengiringi perjalanan seninya, ibu tunggal kepada Neesa Helena yang berusia tiga tahun ini gigih mencari peluang bagi menyara kehidupan mereka.

Natasha baru habis penggambaran filem Langgar arahan Sein Ruffedge. Filem terbitan Tayangan Unggul itu menemukannya dengan barisan pelakon lelaki hebat, Hans Isaac, Adi Putra, Zul Huzaimy, Khir Rahman, Bell Ngasri dan pelakon teater, Namron. Buat pertama kalinya juga, Natasha membawakan watak yang begitu berbeza dalam lakonannya sebelum ini.

Berkongsi pengalaman, Natasha gembira terpilih berlakon dalam Langgar yang menjadi filem kelimanya. Lari daripada bayangan lakonannya menerusi filem Chermin, Sumolah, Tipu Kanan Tipu Kiri dan Halilintar (belum ditayangkan),

“Filem itu berkisarkan pada gangster dan ah long, selain menyelitkan percintaan saya dengan Adi Putra. Buat pertama kali juga, saya bawa watak penagih dadah dan merokok. Selain itu, saya kena ‘merelakan’ diri disepak, didera dan diperlakukan dengan kasar oleh Namron selaku ketua gangster.

“Ada satu babak itu saya terkena pukulan Namron hingga mengakibatkan kepala saya bengkak. Saya tak kisah dengan semua itu kerana dah berbincang dengan Namron ketika sesi latihan untuk jadikan babak itu seperti realiti.

“Babak pertama membabitkan kami berdua sudah bermula dengan sepak terajang.
Malah satu ketika, Namron menyumbat arang dalam mulut saya. Dia memang seorang kepala samseng yang kejam dan tak pedulikan orang lain.

“Saya juga puas dapat berlakon filem ini. Mungkin selama ini orang nampak saya dengan karakter lemah lembut tapi inilah sebenarnya yang saya cari.

“Malah saya sebenarnya seorang yang lasak kerana ada asas dalam seni mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Malam Gala Seribu Bintang 2011, baru-baru ini.

Mengenai masalah dan cabaran lain dihadapi ketika di lokasi, Natasha menganggap kelewatan jadual adalah perkara biasa. Apapun, katanya, dia sangat gembira berada dalam set ini.

“Sebagai pelakon, saya dah biasa berdepan dengan pelbagai masalah di lokasi dan dah lali dengan semua itu. Yang penting saya sentiasa ikut arahan Sein supaya tak lari dari apa yang dia inginkan. Saya juga senang kerana diberi kebebasan untuk buat sendiri karakter dan Sein hanya akan beri tunjuk ajar mana yang perlu.

“Sebenarnya, apabila masuk saja set filem, perasaan saya akan jadi lain kerana keghairahannya lain. Filem lebih besar medium dari drama. Jadi, saya pasti akan buat yang terbaik agar tidak mengecewakan semua pihak yang terbabit di dalamnya serta penonton yang akan ke pawagam nanti,” katanya.

Biarpun setiap pelakon mengidamkan peluang berlakon filem, Natasha lain caranya kerana pernah menolak beberapa tawaran yang datang atas pelbagai alasan. Dia mengakui akan menilai pelbagai faktor antaranya skrip, watak dan kepercayaan terhadap penerbit sebelum memberikan kata persetujuan.

“Jika rasa ia tak kena, memanglah saya tolak. Saya dah biasa berlakon drama dan berpengalaman dalam selok belok dunia seni. Segala permainan di dalamnya dah saya lalui. Itu sebab saya takut nak berlakon dengan mana-mana penerbit jika nampak lain.

“Perbincangan untuk mendapatkan keputusan lebih mendalam itu penting. Saya selalu ada naluri mengenai sesuatu sebelum berlaku perkara tak elok.

“Saya juga tiada masalah berlakon dengan kawan-kawan atau dengan produksi mereka, tapi tak bolehlah bersetuju saja dengan apa yang ditawarkan kerana saya juga perlu berkira.

“Sebagai artis, saya bukan nak dianggap diva, tapi perlu tegas kerana dah alami banyak pengalaman buruk. Mana maruah saya sebagai pelakon jika dibayar dengan harga yang tak munasabah.

“Kalau nak bayar sikit, mereka perlu berterus terang bukannya dengan cara berdolak dalik. Bukan saja artis yang alami perkara ini malah kru juga terkena apabila lambat menerima pembayaran mereka. Saya tak mahu perkara ini berlaku lagi dalam dunia seni kita,” katanya.

Selain berlakon, Natasha juga mencari peluang dalam peragaan, duta produk dan iklan komersil pula. Antara produk dijayakan, Fair & Lovely dan Shower Gel.
Terbaru, dilantik sebagai duta jam tangan jenama Vabene dari Milan, Itali.

“Apa yang saya peroleh sekarang hasil usaha Syarikat saya, Dreamcloud Productions yang baru ditubuhkan. Ia bukanlah menerbitkan drama, tapi lebih fokus kepada kerja belakang tabir seperti buat mekap, styling dan pengurusan artis.

“Selain menguruskan saya dan adik, Tania Hudson, Dreamcloud Productions turut menguruskan kerjaya pelakon Malaysia yang berpangkalan di Indonesia iaitu Miller dan Keith Foo. Saya dah menghantar profil mereka kepada semua stesen TV tempatan.

“Mana-mana produksi yang inginkan pelakon dari Indonesia, boleh berbuat demikian menerusi kami. Saya juga akan mengadakan bengkel kecantikan, solekan dan kesihatan pada 1 dan 2 Oktober ini. Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan berinteraksi di Twitter saya,” katanya.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates