Apa lah nak jadi dengan nasib Abby Abadi ni, mengikut laporan daripada sisipan Harian Metro, Abby Abadi dikatakan semakin hari semakin tak kena, dari membesarkan anak-anak seorang diri, ditambah pulak dengan tawaran berlakon semakin kureng dan yang terbaru terlantar di hospital. Kiranya ntah mengapa produser kureng amik Abby berlakon berbanding Norman dan Memey. Sabarlah Abby, mungkin ini dugaan, sabar dan tabah dalam menempuhi hidup.
Masalah rumahtangga juga tidak ketinggalan, tanggungjawab ayah kandung, Norman tidak pernah diabaikan apatah soal nafkah dan kasih sayang. Tapi betul ker? Dikatakan Norman ada membeli beberapa bungkus mi segera, peluntur (clorox) dan sedikit barangan lain, kalau nak diikutkan, taklah sampai beberapa ringgit. Yang pelik, peluntur tue untuk per? untuk diminum? hohoho. Len kali bawa lah KFC ker, McD ker, Pizza Hut ker, ok lah juga.