nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Friday, October 21, 2011

Polis menangkap nenek mabuk 71 tahun sedang lakukan seks dengan lelaki tidak dikenali

Michigan – Meskipun sudah mencecah usianya 71 tahun, nenek ini berkelakuan seperti seorang gadis remaja. Dia mabuk bersama seorang lelaki dan polis menangkap mereka sedang bercinta di dalam kereta.

Menurut keterangan pihak polis, Andrew Morche melihat sebuah kereta berwarna hitam bergoyang-goyang seperti terjadi pergelutan didalam kenderaan tersebut. Cerimin kereta yang diletakkan di sebuah taman di Farmington, Michigan.
Pegawai polis, Morche memutuskan untuk menyiasat apa yang terjadi. Maka dia membuka pintu depan dan terbau minuman beralkohol. Morche melihat Rita Daniels dan Tim Adams, sedang asyik membuat hubungan seks.
Maka dia bertanya, apa yang pasangan itu sedang lakukan. Adams yang nampak kecewa dan mabuk, menjawab dengan nada yang tinggi “Aku sedang membuat hubungan seks dengan gadis ini.” Morche pun meminta pasangan ini memakai pakaian mereka dan segera keluar dari kereta.
Daniels yang sedang khayal, tidak mahu mengenakan pakaiannya dan keluar dari kereta tanpa berpakaian. Setelah berusaha mengatasi rasa mabuk, keduanya berjaya mengumpulkan pakaian mereka yang berselerakan di dalam kereta.
Laporan rasmi polis menyatakan, kenderaan itu terlihat jelas dari dua restoran yang berada di seberang jalan. Anak-anak dilaporkan melihat mereka. Pasangan ini pula terlalu mabuk kerana mereka saling tidak mengetahui nama masing-masing.
Akhirnya mereka dibawa ke balai polis dan dituduh melakukan tindakan tidak sepatutnya serta mabuk di khalayak awam. Keduanya ditahan di sel berbeza hingga mereka sedar.
Adams yang terlalu mabuk, membuka pakaiannya hingga hanya mengenakan seluar dalam sahaja. Beberapa bulan lagi, pasangan ini akan dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan tindakan tidak sepatutnya dan kes ini akan diadakan di Mahkamah Negeri.

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates