nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, November 21, 2011

Hebat! Lelaki ini berjalan atas kabel kereta gantung tanpa menggunakan alat keselamatan

Freddy Nock yang melakukan aksi yang betul-betul hebat dan nekad bagi kami. Percaya atau tidak, Freddy Nock berjalan di atas kabel kereta gantung bediameter 2 inchi setinggi tiga ribu meter tanpa peralatan keselamatan apa-apa pun!

Freddy mangambil masa kira-kira 90 minit untuk sampai ke puncak gunung Zugspitze di Bavaria selatan. Aksi stuntman berani ini memang sungguh mengagumkan kerana dia berjaya melakukan aksi tersebut tanpa tiang pengimbang yang biasa digunakan sebagai alat bantu keseimbangan.


Aksi Freddy Nock mengimbangkan diri di atas ketinggian 3.000 meter tanpa tiang pengimbang.

Lihatlah betapa tinggi dan berbahayanya aksi Freddy Nock ini.

Freddy yang sudah memulakan aksi berjalan di atas kabel sejak berusia 11 tahun tersebut berkata selepas menempuh aksi 3000 meternya tersebut, “Saya tidak mahu melakukannya lagi, tidak tanpa tiang pengimbang. Itu betul-betul memenatkan


>Lelaki kelahiran Switzerland ini kini merancang untuk mencatatkan rekod sejarahnya dalam Guiness Book of Records sebagai lelaki yang berjalan di atas kabel yang paling tinggi dan paling jauh dari atas permukaan laut tanpa tiang pengimbang.

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates