1. Kristof van Hout – 208 cm
Penjaga gol kebangsaan Belgia ini bermain untuk kelab liga Belgia, Stabdard Liege. Dengan ketinggian 2.08 meter, belaiu dianggap sebagai pemain bola sepak tertinggi di dunia.
2. Yang Changpeng – 205 cm
Penyerang china yang pernah dibeli oleh kelab Liga Inggeris iaitu Bolton Wanderers ini pada asalnya bermain untuk kelab Three Gorges Kangtian, China. Pemain ini juga digelar sebagai Peter Crouch China.
3. Vanja Iveša – 205 cm
Penjaga gol Kroasia ini bermain untuk kelab Liga Turki, Eskisehirspor.
4. Tor Hogne Aarøy – 204 cm
Tor Hogne Aarøy (lahir 20 Mac 1977) adalah penyerang Norwegia yang bermain untuk JEF United di Jepun. Sebelum bermain di Negeri Matahari Terbit, pemain tinggi lampai ini bermain di kelab Aaslesun FC di Norwegia.
5. Øyvind Hoås – 203 cm
Penyerang dari Norwegia ini bermain di divisi ke-2 di Norwegia bersama kelab Sparta Sarpsborg FC. Dia juga adalah bekas pemain negara Norwegia semasa berusia 21 tahun dan telah dikaitkan dengan Norwich City.