nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Friday, December 2, 2011

Bekas Skinhead Jalani 25 Pembedahan Selama 16 Bulan Untuk Buang Tatu

Tatu yang menutupi muka seorang lelaki menunjukkan kebencian dan perkauman yang pernah wujud di dalam dirinya. Bryon Widner adalah salah seorang samseng skinhead kulit putih Amerika yang yang paling ganas dan terkenal, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada tatu yang banyak di bahagian mukanya. Selepas meninggalkan kumpulan skinhead, dia masih gagal mencari pekerjaan kerana keadaan mukanya yang bertatu. Dia mengambil keputusan untuk menjalani satu proses panjang dan rumit untuk menghilangkan tatu di wajahnya dengan harapan dapat memulakan satu kehidupan baru.


Selepas 25 pembedahan yang mengambil masa selama 16 bulan untuk siap sepenuhnya, masa lampau Widner kini hilang daripada pandangan. Kini, dia ingin menjadi seorang bapa dan masyarakat yang bekerjaya.

Widner mahu anaknya Tyrson yang berusia 4 tahun membesar bersama seorang bapa yang boleh dibanggakan.

Selepas berkahwin pada tahun 2006, Widner dan pasangannya, Julie Widneryang merupakan bekas tulang belakang pergerakan white power ini bekerja keras untuk meninggalkan sifat perkauman mereka. Mereka menetap di sebuah rumah dan mendapat seorang anak lelaki.



Widner sering bermain permainan video bersama Tyrson dan menganggap anak tirinya, Mercedez (belakang) seperti anaknya sendiri.

Widner dan keluarganya boleh menjadi sasaran bunuh dan serangan ke atas rumah mereka.

Anak angkat perempuan pasangan Widner yang berusia 9 tahun, Isabella. Mereka boleh merasa aman kerana beberapa pegawai polis tinggal berhampiran tetapi mengakui terdapat risiko daripada orang awam yang mengecam dunia ganas mereka sebelum ini.

Widner membenarkan MSNBC merakamkan detik membuang tatu untuk sebuah filem dokumentari dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Widner dan isterinya Julie diberi tepukan gemuruh selepas tayangan filem dokumentari yang memaparkan kisah keluarga mereka.

Selepas tayangan dokumentari yang diarahkan oleh Bill Brummel, seorang wanita kulit hitam memeluk sambil menangis Widner sambil memaafkannya.

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates