
Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Shahabuddin, 45, berkata, dia mampu memperoleh pendapatan AS$14 (RM47.18) sehari dengan menjual serpihan emas itu yang ditemui di saliran kumbahan itu.
Pendapatan itu dianggap tinggi kerana purata gaji penduduk Bangladesh ialah AS$25 (RM84.26) sebulan.
"Pada awalnya, setiap orang berasa gembira apabila harga emas naik kerana ia membawa pulangan lebih baik," katanya.
Namun, pendapatannya berkurangan kerana tukang-tukang emas tidak mendapat banyak tempahan sekali gus menyebabkan dia gagal memperoleh serpihan emas untuk dijual.

