Dalam pada hangat gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat beraksi mesra dengan seorang gadis yang bernama Shida Harmi berlegar di ruang Internet, Shida Harmi sendiri berdiam diri walaupun Shida menjadi sasaran kritikan orang ramai. Walau bagaimanapun, melalui sumber yang boleh dipercayai, Shida Harmi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu dan mendakwa dia difitnah. Bukan itu saja, sumbar yang rapat dengan Shida Harmi mendakwa Shida tahu siapa yang menyebarkan gambar tersebut dan memohon agar mereka bertaubat. Gambar-gambar tersebut dikatakan oleh Khairul Fahmi diambil sebelum dia bertunang pada Mei lepas sewaktu berkaraoke.
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru ialah pihak Shida akan menyaman pihak yang menyebarkan gambar dan fitnah tersebut, seperti yang dinyatakan oleh individu yang rapat dengan Shida melalui Twitternya. Kami terpaksa merahsiakan Twitter itu buat masa ini kerana berita ini buat masa ini masih gosip.