nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Thursday, September 8, 2011

Rompakan Kedai Nasi Kandar Di Shah Alam


SERBU...penjenayah memasuki restoran  di Seksyen 15, Shah Alam.
 Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arahpelanggan.

Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita.
Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.

 Malah, ada juga pelanggan lelaki yang bertindak spontan melarikan diri dengan melompat besi penghadang restoran untuk menyelamatkan diri.

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates