nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, October 24, 2011

Allan Billis lelaki yang menderma dirinya untuk dijadikan mumia


Seorang lelaki yang berasal dari United Kingdom menjadi orang pertama yang akan menjalani proses mumifikasi setelah proses menjadikan manusia yang telah meninggal menjadi mumia ini tidak lagi dilakukan sejak tiga ribu tahun silam. Ingin tahu?.

Lelaki ini akan menjalani mumifikasi sama seperti firaun Mesir kuno. Proses ini dilakukan setelah lelaki itu mendermakan tubuhnya untuk kajian teknologi sains. Pemandu teksi yang bernama Alan Billis, 61 tahun yang berasal dari Torquay, United Kingdom meninggal pada Januari lalu akibat kanser paru-paru.

Sebelum meninggal, dia menjadi sukarelawan dalam percubaan mumifikasi untuk sebuah acara televisyen.





“Jika tidak ada orang yang mahu menjadi sukarelawan untuk perkara seperti ini, tidak akan ada hal baru yang dapat ditemukan,” kata Billis dalam dokumentari seperti yang dilaporkan.
"Jika perkara ini tidak mendatangkan hasil, ini bukanlah bermakna dunia akan berakhir. Jangan membezakan perkara itu dengan saya, saya tidak akan merasakan apa pun," katanya secara lanjut.




Pasukan penyelidikan yang diketuai pakar forensik ternama, Profesor Peter Venezis, mengeluarkan semua organ Billis kecuali jantung dan otak dan kemudian, tubuh Billis dibiarkan dalam air garam selama sebulan.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates