nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, October 24, 2011

Angkara drama Korea, wanita ini tak tidur 3 hari sehingga mata hampir buta


Ramai dikalangan wanita tergila-gilakan pada siri drama Korea. Banyak dari mereka yang mengalami ketagihan seolah-olah tidak boleh lepas dari aktivitinya menyaksikan lakonan pelakon-pelakon yang berasal dari Negera Ginseng tersebut.

Seperti yang dialami oleh penggemar drama Korea yang berasal dari Taiwan ini. Hanya gara-gara kehebatan siri drama Korea, membuatkan seorang wanita yang berasal dari Taiwan ini hampir kehilangan penglihatannya. Wanita berusia 40 tahun ini dilaporkan selama tiga hari berturut-turut hanya tidur dua jam demi menyaksikan siri drama Korea kesayangannya.

Seperti diberitakan dari laman Soompi, setelah menyedari penglihatannya telah berubah kabur, wanita itu bergegas ke hospital untuk mengetahui puncanya. Dia hanya ingin mengetahui keadaan kesihatan matanya. Seperti dilaporkan media Taiwan, ia dikesan menghidap penyakit glaukoma tahap serius yang mungkin boleh membuatkannya menjadi buta.

Doktor yang memeriksanya mengatakan bahawa pandangannya yang kabur adalah diakibatkan terlalu lama berada di depan layar television. "Jika anda menonton TV atau menatap monitor selama berjam-jam, mata anda boleh merasakan tekanan yang berlebihan yang boleh menjejaskan pandangan dan malah boleh menyebabkan kehilangan deria penglihatan, " kata doktor tersebut.

Doktor yang telah menjalankan tugasnya selama 20 tahun ini juga mengatakan, selama dirinya bertugas sebagai seorang doktor, belum pernah melihat seorang pesakit menghidap glaukoma tahap serius disebabkan menonton drama TV selama lebih dari 70 jam. “Saya yakin kes ini adalah kes pertama kalinya di dunia," katanya serius.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates