nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Sunday, October 16, 2011

Apa yang anda akan lakukan jika anak anda berbuat begini?

NEW YORK - Perkembangan penggunaan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad telah membuatkan ramai kanak-kanak menggunakan gajet itu untuk memuat turun perisian permainan dengan menggunakan kad kredit milik penjaga mereka.

Seorang budak lelaki berusia empat tahun di California, Sawyer Rummelhart, 36, menggunakan iPad ibunya untuk bermain permainan The Smurf's Village.

Namun, dia membuat pembelian beberapa barangan dalam permainan itu sehingga mencecah AS$66.88 (RM209.70) dengan menggunakan kad kredit ibunya.


Menurut ibu Sawyer, Kelly Rummelhart, 36, anaknya itu membeli barangan itu tanpa mengetahui bahawa pembelian tersebut dibuat menerusi kad kredit.

Dia berkata, anaknya tidak mengetahui bahawa pembelian yang dibuat itu sebenarnya dikenakan caj menerusi kad kredit dan bukannya satu pembelian olok-olok di alam maya.

"Sebelum ini saya amat risau jika skrin tercalar. Namun, lebih teruk lagi apabila mereka mengenakan caj untuk semua itu (permainan kanak-kanak)," kata Kelly.

Dia merupakan antara ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap aplikasi permainan itu dan penjualan barangan maya lain di App Store yang mengenakan harga yang melampau. - AP
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates