Seekor Kambing benama Theodore milik Margaret Weinroth (19), terpaksa harus kehilangan gelar juaranya pada Colorado State Fair akibat di diskualifikasi setelah hasil ujian positif menunjukan penggunaan ubat yang dilarang (dadah).
Pueblo Chieftain melaporkan bahawa kambing kedua dalam pertandingan milik Benjamin, yang juga merupakan adik laki-laki Margaret, juga didiskualifikasi kerana ubat yang sama.
Sang ibu, Susan Weinroth mengatakan bahawa keluarganya mendapat surat dari pejabat jaksa agung yang menegaskan bahawa kambing milik keluarganya terbukti positif diberi makan makanan tambahan untuk babi, namun tidak untuk kambing.
Namun Susan curiga adanya sabotaj pada makanan kambingnya, dan keluarganya telah melaporkan kecurigaan mereka kepada para pejabat, sambil mengatakan bahawa keluarga mereka akan menyiasat terhadap hal ini.
Diskualifikasi ini bererti putri dan anak laki-lakinya tidak boleh mengumpulkan pendapatan mereka dari penjualan kambing, sebesar 50 juta untuk juara, 10 juta untuk kambing yang lain.
Sumber : huffingtonpost