nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Sunday, January 15, 2012

Fasha Sandha sudah berkahwin di Thailand?





“Belum berkahwin dan masih single”. Itulah jawapan yang diberikan oleh Fasha Sandha berkaitan gosip yang tersebar di beberapa laman blog hiburan baru-baru ini. Merujuk kepada gosip yang disebarkan, sumber yang dipercayai bekas wartawan hiburan mengesahkan bahawa Fasha Sandha sudah melangsungkan perkahwinannya di negara jiran, Thailand beberapa bulan lalu atas alasan kononnya ibu Jejai tidak merestui perhubungan mereka.

Kata sumber lagi, perkahwinan tersebut dirancang sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Ekoran daripada itu, sehingga kini Fasha Sandha masih enggan membuat sebarang pengumuman berkenaan hari istimewanya itu.

Bagaimanapun, Fasha Sandha yang ditemui ketika sidang media pengumuman ABPBH 25 di Hotel Holiday Villa Subang, lewat petang tadi menafikan gosip tersebut.

“Saya memang bersedia untuk berkahwin, akan tetapi masih belum bersedia untuk memaklumkan berita berkenaan kepada peminat. Berkaitan dengan gosip kahwin di Thailand, sudah tentulah ia tidak benar. Saya masih belum berkahwin dan masih single,” ujar Fasha Sandha sekaligus menolak dakwaan sumber berkenaan.


Dalam kejadian berlainan pula, seorang wartawan memaklumkan bahawa dia telah ditempelak oleh Fasha Sandha ketika menemubualnya di perkarangan Hotel Holiday Villa. Walau bagaimanapun, Fasha Sandha secara peribadi telah meminta maaf kepada wartawan tersebut sebaik sahaja majlis tersebut tamat. Berikut adalah kata-kata Fasha yang disampaikan oleh wartawan tersebut kepada OHBULAN!

“It’s me Fasha. I hope you faham the situation. I understand that you bekerja, tapi cara pertanyaan you agak keras dan cara you bertanya juga agak berat sebelah. Sebaiknya you tau cerita from A-Z and at least tanya 1 question about our event sebelum bertanya isu lain. Maybe you should learn from your friends, cara yang lebih baik untuk bertanya dengan etika. Kita sama-sama bekerja kan, jadi kita kena respect kerja masing-masing. I faham you baik. Mungkin keadaan situasi agak kelam kabut tadi. Apapun, I harap, kita hormati hak masing-masing and thank you. Happy new year.” – ohbulan
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates