nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Friday, January 20, 2012

Ini Dia Sebaik-Baik Waktu Untuk Berhubungan Seks

Pasangan suami isteri umumnya sering berhubungan seks dimalam hari, setelah selesai melakukan aktiviti di siang harinya. Namun satu kajian terbaru mendapati bahawa masa yang terbaik untuk itu adalah jam 7.30 pagi.



Satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa berhubungan seks pada jam 7.30 pagi adalah cara terbaik untuk membuat anda sihat. Ini kerana tubuh menghasilkan peningkatan hormon seks dan aliran adrenalin untuk membuat orang bertenaga di pagi hari.

“Pasangan akan berehat di malam hari, dan ketika bangun anda cenderung lebih responsif,” jelas Suzie Hayman, terapi seks, seperti disiarkan Timesofindia, Jumaat (13/1/2012).

Kajian yang dilakukan di Itali tersebut juga menunjukkan bahawa berhubungan seks pagi hari cenderung lebih mungkin bagi pasangan untuk mendapatkan orgasme dan kejayaan persenyawaan.

Sedangkan kajian lain yang dilakukan oleh London School of Economics menunjukkan bahawa hari yang terbaik untuk hubungan intim adalah hari Khamis. Kerana tahap tenaga kortisol semulajadi yang merangsang hormon seks berada di titik puncak pada hari Khamis.

Kerana itu, aturlah jam penggera anda agar terbangun dan bersedia untuk melakukan hubungan seks di pagi hari Khamis. Hari ini adalah apabila hormon seks testosteron pada lelaki dan estrogen pada wanita lima kali ganda lebih tinggi dari biasa.

Sedangkan menurut kajian kesihatan GfK NOP, di hari Selasa hanya sedikit pasangan yang melakukan hubungan seksual kerana terlalu sibuk dengan rutin seharian.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates