Pada tahun 1950an, kendaraan Mr Moore mengalami kemalangan di Northumberland. Kemalangan ini menyebabkan sebahagian tengkoraknya pecah dan dia harus mengenakan plat besi di kepala untuk melindungi otaknya. Tiga tahun setelah kejadian itu, Mr Moore kembali mengalami kemalangan. Kali ini dia melanggar lampu jalan. Dia terlcampak keluar dengan kepala menghentam kaca keretanya sehingga menyebabkan plat besi di kepalanya rosak. Demikianlah selama 47 tahun Mr Moore hidup dengan plat besi yang rosak itu.
Tahun lalu, para doktor yang memeriksa Mr Moore menemukan plat besi tersebut seperti terdorong keluar dan melukakan kepalanya. Jadi mereka memutuskan untuk melepas plat besi tersebut. Ketika Mr Moore berada di meja operasi pada bulan Ogos, mereka menemukan sesuatu yang mengejutkan. Lapisan tulang yang baru tumbuh dibawah plat besi tersebut.
Semua bahagian tengkorak Mr Moore yang hancur mulai dari alis mata hingga bahagian kepala belakang telah mengalami pertumbuhan.
Kejadian ini dianggap luar biasa di dalam dunia perubatan kerana sebelum ini di dunia hanya pernah ditemukan satu kes dimana seorang dewasa mengalami pertumbuhan tulang tengkorak.
Mr. Moore yang merupakan kepala ketuar pos di North Shields, Newcastle telah diberitahu oleh para doktor bahawa dia tidak memerlukan plat besi itu lagi. Sekarang dia menikmati hidup barunya.
"Menurut doktor, tulang memang boleh bertumbuh, namun tidak pernah terjadi pada setengah tengkorak seperti ini. Tulang tengkorakku yang baru memiliki bentuk sama seperti dengan peat besi tersebut." Kata Mr Moore.
Dia menambahkan,"Saya telah meminta plat besi itu sebagai hadiah, namun saya belum menerima jawaban dari doktor."
Para doktor di Newcastle General Hospital mengatakan bahawa mereka menemukan hal ini sangat menarik dan menginginkan diadakan penelitian lebih lanjut atas Mr Moore, yang sekarang tinggal di Hexham.
Konsultan neorologi Param Bhattahiri yang bertanggung jawab atas perawatan Mr Moore berkata,"Sangat mengejutkan menemukan tulang tengkorak tersebut tumbuh kembali. Kita boleh mengharapkan tulang tumbuh kembali pada anak kecil, namun tidak pada orang dewasa dan pada area tengkorak sebesar itu."