nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Saturday, May 5, 2012

Pelik, Patung Ini Menghamili 2000 Wanita

Di Orlando, pasangan yang sangat menginginkan anak boleh datang ke Muzium Ripley's Believe It or Not di Pantai Myrtle, South Carolina, Amerika Syarikat (AS). Muzium ini mempamerkan sepasang patung kesuburan yang didatangkan khas dari Pantai Gading, Afrika Barat.


Lagenda Patung Kesuburan ini bermula pada 1995. Pemilik Muzium Ripley membeli sepasang totem kayu setinggi masing-masing 1.5 meter ini untuk menghiasi ibu pejabat mereka di Orlando, Florida. Patung-patung ini dibeli dari suku Baule di Pantai Gading dengan harga masing-masing US$ 1000.


Pada tahun pertama patung-patung ini dipamerkan, 8 dari 20 orang staf di ibu pejabat itu memperoleh anak. Seorang staff wanita di situ, Kimberly Martin, juga mendadak hamil padahal dia sering mengambil pil anti-kehamilan.


Seorang petugas wanita Airborne Express yang secara rutin menyentuh patung itu ketika mengirimnya untuk Ripley's Entertainment Inc., juga dilaporkan hamil.


Misteri tentang patung ini pernah ditayangkan di stesen televisyen CNN, Good Morning America!, Unsolved Mysteries, Primer Impacto di Sepanyol, dan sejumlah besar program-program televisyen lain di seluruh dunia.


Wanita-wanita dari pelbagai tempat yang jauh dari Amerika telah mengirim faks bergambar fotokopi tangan mereka, potongan-potongan pakaian, dan barang-barang lainnya untuk digosokkan ke patung-patung itu dengan harapan mereka akan segera hamil.


Patung-patung ini telah dipamerkan di banyak negara di seluruh dunia. Menurut Ripley, lebih dari 2000 wanita hamil setelah menyentuh patung itu.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates