nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Wednesday, September 14, 2011

Curi Ular Sembunyikan Dalam Seluar


Eric Fiegel (22) ditangkap kerana cuba untuk mencuri lima ekor ular daripada Predators Reptile Center di Mesa, Arizona, dengan memasukkan mereka ke dalam poket seluarnya.


Eric Fiegel


Salah satu ular yang diduga dicuri oleh Fiegel adalah bayi boa albino langka, yang nilainya lebih kurang 800 dolar.


Christian Kaleta mengatakan bahawa dia melihat Fiegel berjalan ke dalam kedai tetapi tidak jangka dia akan berusaha untuk mencuri sesuatu dari kedai tersebut.


"Dia berada di sini selama satu jam dengan haiwan itu di pokenya, peliknya lagi dia tidak langsung pergi setelah mencuri ular-ular tersebut, malah tinggal sebentar dan berjalan sekeliling. Benar-benar berani. "Jelas Kaleta sambil menambah dirinya tidak menyangka ada seseorang mahu mencuri haiwan reptilia tersebut.


Rakaman CCTV dengan jelas menunjukkan Fiegel memasukkan tangannya ke dalam sarung dan mengeluarkan seekor ular kecil, kemudian memasukkan makhluk licin itu ke poket kanan seluar pendeknya.

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates