nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Tuesday, September 13, 2011

Kucing Ini Cipta Rekod Berdengkur Paling Kuat di Dunia


Seekor kucing yang diberi nama Smokey mencipta rekod berdengkur ketika tidur yang terkuat di dunia. 




Pemiliknya, Ruth Adams yang tinggal di Pitsford, Northampton, United Kingdom berkata, "Saya tidak pernah mendengar dengkuran yang sekuat ini dalam hidup saya. Malahan dengkurannya dapat menghentikan percakapan kami untuk menoleh ke arah dia."


Alat pengukur kenyaringan mencatatkan dengkuran Smokey mencapai kekuatan 92 desibel. Malahan ketika alat ini diletakkan 5 meter dari posisinya masih mencatatkan ukuran yang cukup tinggi iaitu 80 desibel. Ia adalah kekuatan yang sama seperti bunyi sebuah pesawat Boeing 737 ketika mendarat.



 


"Keadaan ini kadang-kadang melucukan kami sekeluarga, kadang-kadang menyakitkan hati, tergantung kepada mood kamu saat itu," kata Ruth yang sudah terbiasa dengan suara dengkuran kucingnya.


Dibantu oleh Diana Johnson dari pihak lembaga Perlindungan Kucing di Northampton, Ruth berniat untuk mendaftarkannya ke Guinnes World Record. Hanya sahaja pihak Guinness belum memiliki kategori khusus untuk kucing dengan dengkuran paling nyaring.






source: http://www.worldrecordsacademy.org
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates