nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Thursday, September 8, 2011

Pontianak Pulau Gadong Melaka



Di bawah merupakan berita dipetik dari Harian Metro bertajuk Ramai Tunggu Pontianak? bertarikh 14 April 2008. Adakah ia benar-benar pontianak? Kami di Dunia Misteri Dot Net pada mulanya kurang yakin dengan video pontianak ini kerana objek yang dikatakan pontianak itu kelihatan seperti helaian kain yang dilayang-layangkan di udara. Namun seorang pengunjung tetap laman web ini yang hanya ingin dikenali sebagai Amon berkata "...kalo tgk kain dia yg terbang tu... i pernah dgr org tua2 citer ..x ingat saper.. kalo pontianak terbang mmg cam tu ...dia nmpak sehelai kain jer...." 

Kami di Dunia Misteri Dot Net enggan mengulas. Terpulang kepada para pengunjung laman web ini menentukannya!!


Ramai Tunggu Pontianak
(Harian Metro - 14 April 2004)


MELAKA: Hanya kerana klip video dirakam seseorang yang mendakwa terserempak pontianak, kini kawasan jambatan di Jalan Pulau Gadong, dekat sini, menjadi tumpuan ramai pada setiap malam.
Golongan terbabit sanggup melepak di kawasan jambatan itu bermula jam 11.30 malam hingga lewat pagi, semata-mata untuk melihat kehadiran pontianak berkenaan ekoran penyebaran klip video itu sejak dua minggu lalu.Klip video sepanjang 50 saat itu memaparkan seorang wanita berambut panjang serta berkain putih terapung di udara sambil menangis.


Seorang penerima klip video berkenaan yang enggan dikenali berkata, klip video dalam format 3gp itu dipercayai sudah tersebar di kalangan pengguna telefon bimbit di negeri ini. Katanya, akibatnya ada pihak sanggup datang ke kawasan jambatan itu semata-mata mahu melihat sendiri pontianak berkenaan.


Ada pelbagai cerita saya dengar mengenai kisah video itu dirakam. Ada yang berkata, sekumpulan pemuda menaiki motosikal melalui kawasan itu terserempak dengan seorang wanita yang dilihat dalam kesusahan.
Apabila mereka mendekati wanita itu, tiba-tiba dia menangis dan bertukar menjadi pontianak kemudian terapung di udara.


Ada pula yang kata sekumpulan lelaki lalu di situ terserempak wanita menangis dan apabila ditanya ia mendakwa mencari anaknya yang hilang.


Kemudian lelaki terbabit menghubungi polis dan apabila polis datang wanita itu bertukar menjadi pontianak sebelum terbang dan menghilangkan diri,? katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Dia berkata, tidak mengetahui motif penyebaran klip video itu sama ada ia rekaan ataupun benar.
Katanya, berdasarkan latar belakang video itu diambil menunjukkan lokasinya di kawasan ini kerana kelihatan cahaya deretan lampu jalan dengan jelas.


Visual ini pun tak berapa cantik sebab ia dirakam dalam keadaan agak gelap dan tidak dapat dilihat sama ada pontianak itu betul-betul terapung ataupun tidak.
Namun hanya kerana video itu dikatakan dirakam di jambatan di Jalan Pulau Gadong ramai pula yang datang ke situ,? katanya.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates