Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Pepisahan, Shahir lama menyepi. Macam-macam cerita timbul sehingga ada yang membuat spekulasi mengatakan dia sudah hampa dengan dunia hiburan dan mahu berundur. Tak kurang juga yang mengatakan Shahir kecewa cinta dengan pelakon Rozita Che Wan.
Rupa-rupanya Shahir sedang mempersiapkan diri menghasilkan lagu-lagu berunsur dakwah bersama Sham Kamikaze. Majalah Mangga berjaya membongkar secara eksklusif kisah Shahir yang sedang menyiapkan album lagu berunsur kerohanian.
SHAHIR SEDANG MEMPERSIAPKAN DIRI RAKAM LAGU BERUNSUR DAKWAH.
"Insya-Allah Abang Sham akan bekerjasama dengan Shahir untuk menghasilkan sebuah lagu yang berunsur dakwah. Semuanya masih dalam perbincangan," kata Farazilla kepada wartawan Mangga, Deel.
Kalau mahu tahu lebih lanjut pasal projek tersebut bacakah dalam majalah Mangga edisi Oktober yang kini sudah berada di pasaran. Ada juga gambar terbaru Shahir yang dirakam sebelum Shahir menyepikan diri untuk membuat persediaan tersebut.
Difahamkan majlis pelancaran lagu itu akan dibuat tidak lama lagi. Jadi peminat Shahir kenalah tunggu bila lagu itu akan mula diperdengarkan. Pasti sedap, sebab Shahir pun bekas anggota kumpulan nasyid. Bukanlah menjadi sesuatu yang pelik bila dia mahu berubah angin walaupun kejayaannya sebagai penyanyi pop belum sebesar mana.
"Saya juga menulis lirik lagu Pendam nyanyian Shahir yang juga dicipta oleh Abang Sham. Lagu itu mengisahkan seorang lelaki dan perempuan yang ada perasaan cinta, tetapi masing-masing memendamkannya dalam hati," kata Farazilla lagi.
Adakah ia mengisahkan cerita cinta Shahir sendiri yang payah mahu diluahkan? Hanya Shahir dan penulis liriknya sahaja tahu cerita di sebalik lagu tersebut.