Hari ini dunia hiburan Malaysia dihangatkan lagi dengan kenyataan terbaru dari bapa tiri Aida Hazira yang memberikan tempoh seminggu kepada Pian untuk meminta maaf dari Aida Hazira kerana mendakwa model sambilan itu bakal berkahwin dengannya dalam artikel Harian Metro .
Bapa tiri Aida, Datuk Mohd Rozi Md Jamil berkata:
Saya beri Pian seminggu untuk memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida, itu pun kalau dia ‘gentleman’ dan masih menganggap saya sebagai kawan baik.
Saya tidak akan menyaman Pian. Cuma saya mahu dia menyesali semua kesalahan dan memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida baik secara terbuka atau melalui telefon.
Saya pernah menyelami dunia pelakon dan saya tahu usaha Pian ini mencari publisiti murahan. Kalau mahukan publisiti bukannya dengan mengaibkan orang tetapi dengan mengubah sikap. Walaupun Pian melakukan kesalahan, saya tidak berdendam, apa lagi mencari musuh, cuma saya mahu dia tampil memohon maaf.
Mohd Rozi memberitahu dia mengenali Pian sejak 2008 selepas diperkenalkan seorang kawan dan pernah berurusan dengan Pian ketika menjadi pelakon pada 2008 dan 2009. Mohd Rozi pernah berlakon dalam drama Setulus Kasih Abah dan Cinta Kartika.
Kami cuba menjengah Facebook Pian tetapi masih belum ada sebarang kenyataan tentang perkara ini dari Pian walaupun ada kawan dan peminat yang memintanya mempertahankan diri. Kredit gambar pada Coffycat Photography.