nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Sunday, October 23, 2011

Bayi 1 Tahun Yang Mempunyai 34 Jari Tangan Dan Kaki

NEW DELHI, SEOrang bayi lelaki yang bernama Akshat Saxena . Bayi lelaki yang baru sahaja berusia satu tahun itu telah disenaraikan namanya di Rekod Dunia Guinness sebagai pemilik jari terbanyak , mengapa begitu ? kerana bayi lelaki tersebut mempunyai 34 jari tangan dan kaki.

Akshat tercatat mempunyai tujuh jari pada setiap tangan dan 10 jari pada setiap kaki. Jadi jumlah keseluruhan ialah 34 jari.

“Saya amat gembira apabila dia dilahirkan, kerana dia anak pertama kami,” kata ibunya, Amrita Saxena yang tinggal di kawasan Uttar Pradesh, India.

“Tetapi apabila dia melihat jarinya, saya terkejut,” katanya.

Menurut Puan Saxena, terdapat saudara-mara yang telah mengangkatnya dan berkata Akshat adalah anak yang sangat istimewa.

“Dia membaca di internet tentang bayi yang dilahirkan dengan 31 jari. Jadi bayi saya memecahkan rekod untuk mempunyai 34 jari,” kata ibu.

credit to : sumber

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates