KUALA LUMPUR - Selepas dua kali berturut-turut mengalami keguguran, Norashikin Rahmat atau Ekin yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi mengakui dia mendapat perhatian penuh dan kawalan ketat daripada seluruh ahli keluarganya terutama suami tersayang sejak dikhabarkan hamil buat kali ketiga.
Malah Ekin juga memaklumkan dia mendapat layanan dan perhatian khusus daripada ibunya sepanjang tiga bulan berada di kampung halaman yang terletak di Johor Bahru meskipun usia kandungannya belum menginjak bulan kelima.
Mengharapkan kandungannya yang sudah pun berusia 4 bulan 2 minggu berada dalam keadaan sihat sehingga tiba waktu kelahiran nanti, Ekin memberitahu dia telah mengambil suntikan menguatkan rahim serta mengambil suplemen tambahan pada bulan ketiga kandungannya.
Doktor telah menasihatkan saya agar tidak berjalan jauh dan makan makanan panas. Sebab itulah ibu saya mengambil keputusan untuk menjaga di kampung selama tiga bulan pertama.
Ketika di kampung, emak tidak benarkan saya banyak bergerak, hanya perlu berehat dan makan minum sahaja. Sekarang saya sudah pulang semula ke Kuala Lumpur, ibu saya turut ikut bersama kerana ingin menjaga saya, ujar Ekin yang hadir bersama Mawi ketika rumah terbuka dan rakaman Gempak Astro baru-baru ini.
Menyentuh perhatian yang diberikan oleh suaminya pula, Ekin mengakui Mawi lebih peka daripada setiap aspek tidak kira daripada soal kesihatan dan juga keselamatan.
Mawi sering mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati ketika berjalan dan menaiki tangga rumah. Malah dia akan segera bawa saya ke tempat makanan kegemaran saya atau ke mana saja sebaik saya meluahkan keinginan saya.
Saya seronok bila dilayan begini. Memang macam permaisuri bila suami dan semua ahli keluarga memberi sepenuh perhatian pada saya. Syukurlah saya juga tidak mengalami apa-apa alahan begitu juga Mawi. Malah tidak mengidam makanan pelik. Menu makanan pilihan adalah seperti biasa, ujar Ekin yang tidak lagi mengikut Mawi ke tempat kerja melainkan undangan acara-acara tertentu sahaja.
Menyentuh tentang soal jantina anak, Ekin dan Mawi tidak kisah sama ada dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan kerana itu adalah rezeki. Apa yang penting, keselamatan diri dan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan selamat ketika melahirkan kelak.