2000s
Sila LIKE semua button dibawah untuk terus membaca. TQ :)
Wednesday, October 5, 2011
Selama 16 tahun wanita ini duduk di dalam bakul
Seorang perempuan berusia 27 tahun yang berasal dari daerah Shanxi, China punya kebiasaan yang unik. Mo Hongping telah hidup selama 16 tahun di dalam didalam sebuah bakul rotan!.
Ya. Mo Hongping menghabiskan hari-harinya di bakul berukuran panjang 1.2 meter dengan lebar 0.5 meter. Dia tinggal didalam bakul itu sejak berusia 11 tahun. Menurut ibunya, Wang Xiuhua, seperti diberitakan dari Orange, Mo Hongping mengalami demam kuat ketika berusia 20 hari. Mereka tidak mampu untuk membawa Mo Hongping ke hospital kerana semasa itu jalan ditutupi salji.
Pada ketika keadaan jalan sudah beransur pulih, Mo dibawa ke rumah sakit dan dokter mendiagnosis bahawa putrinya itu menderita meningitis.
Meningitis adalah radang selaput yang merupakan pelindung sistem saraf pusat. Meningitis termasuk penyakit serius kerana terletak dekat otak dan tulang belakang sehingga dapat menyebabkan kerosakan sistem pergerakan, fikiran malah menyebabkan kematian.
Mo selamat. Namun, sejak itu pertumbuhannya tergantung. Suatu ketika semasa Mo berusia 11 tahun, Wang menempatkan Mo didalam sebuah bakul dan dia terkejut kerana Mo kelihatan sangat senang.
"Ternyata tidur di bakul boleh meredakan rasa sakit Mo. Sejak itulah dia hidup di dalam bakul," kata Wang. Kini bakul tempat Mo tinggal dilengkapi dengan roda untuk memudahkan pergerakan membawanya.