nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Thursday, October 6, 2011

Walaupon dah ditembak 9 kali, wanita ini masih lagi hidup

MINNEAPOLIS - Seorang ibu seorang remaja berusia 14 tahun selamat dari sembilan tembakan yang ditembak oleh suaminya sendiri di rumahnya yang terletak di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian ini terjadi saat Gina William sedang bergaduh dengan Keith Ammons, lelaki yang sudah dinikahinya selama 15 tahun. Kedua pasangan tersebut hendak bercerai dan Ammons nampak tersangat marah dengan istrinya.

"Saya pergi ke bilik dan mengunci pintu, dia (Ammons) marah," cerita Gina.

Beberapa saat kemudian, Ammons menendang pintu biliknya dan mengacukan pistol. Ammons juga memerintahkan anak perempuannya agar keluar dari bilik. Pada saat itulah juga Ammons melepaskan tembakan ke isterinya sendiri sebanyak sembilan kali.

Gina mengatakan, suaminya tidak berhenti menembak hingga akhirnya pistol telah kehabisan peluru.Beberapa hari setelah insiden penembakan tersebut, Ammons ditangkap oleh pihak polis di sebuah motel atas tuduhan melakukan percubaan membunuh.


Gina ketika ini tidak dapat menggerakkan bahagian pinggang hingga kakinya namun doktor yakin, Gina dapat meninggalkan rumah sakit dalam dua minggu lagi.

"Saya sangat bersyukur saya masih hidup dan saya meminta maaf kerana merosak kehidupan Ammons. Saya bahagia dia sudah hilang dari kehidupan saya," ujar Gina.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates