“Semua ini bermula tahun lalu apabila rakan saya meminta saya untuk melompat di atas keretanya,” tutur Stuntman yang digelar ‘Al the Jumper’ ini.“Tapi saya tak anggap ia sebagai cabaran semasa kereta tersebut tidak bergerak, jadi saya meminta dia untuk memandu kereta ke arah saya agar saya boleh melompat ke atasnya.
Pada mulanya, ia sangat menakutkan tetapi sangat mengembirakan.” tambah Alassan sambil menambah keinginannya untuk mencabar Top Gear (sebuah acara automotif popular) dan melompat dari kereta yang dipandu Stig.Christopher Anneborn berjaya merakamkan saat semasa Alassan melompat sebuah Lamborghini di Stockholm dan tercengang melihat keberanian dan kegilaan Alassan itu.Alassan merancang untuk melompat dua jenis kereta sport yang bergerak laju ke arahnya dengan kelajuan 120km/jam bagi mencatatkan namanya di Guinness Book of Records.