Seekor anak tupai telah diselamatkan oleh seorang perempuan setelah terjatuh dari sepohon pokok. Tupai tersebut kemudiannya diberikan susu melalui alat penitis air mata oleh perempuan tersebut. Namun kemudiannya perempuan tersebut teringat bahawa dia memiliki seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak-anaknya dan memberikan susu kepada anak-anaknya. Dia telah meletakkan tupai tersebut untuk dijaga oleh ibu kucing itu. Ibu kucing dan anak tupai tersebut tiada masalah untuk menerima antara satu sama lain.