
Burbidge, 50, menembak ibunya, Marion Merritt, 71, empat kali di kepala dengan menggunakan senapang patah ketika beberapa bailif sebuah bank tiba dengan membawa notis pengusiran pada 3 Mac tahun lalu.
Dia kemudiannya menembak empat anjing peliharaannya sebelum membakar kediamannya yang berharga £250,000 (RM1.29 juta).
Lelaki itu kemudiannya cuba menembak dirinya sendiri tetapi gagal kerana tidak dapat mencapai picu senapang patah sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

Lelaki itu mempunyai hutang tertunggak berjumlah £109,000 (RM562,092) selepas dia gagal dalam satu perniagaan untuk membuka sebuah pub.
Kelmarin, sebuah mahkamah di Britain menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Burbidge selepas dia mengaku bersalah membunuh ibunya pada 3 Mac tahun lalu.