Pelancong yang hendak melalui laluan kaca ini diharuskan menggunakan stokin agar bahagian kaca sentiasa bersih.Menurut beberapa pelancong yang cuba menggunakan laluan kaca ini mengatakan mereka begitu takut kerana mereka berjalan dengan melihat terus ke bawah jurang. Sementara pemandangan yang meliputi sekitar laluan tersebut kelihatan amat menakjubkan.laluan pejalan kaki ini dibuat sepanjang 60.9 meter dibina bersambung antara tebing sebelah barat dari puncak Gunung Yunmeng ke puncak Gunung Tianmen dan Gunung Zhang Jiajie.
Kerajaan China membina laluan ini setelah mendapat idea melalui jambatan yang dibuat di Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS). Jambatan di taman negara AS itu dibina pada ketinggian 1,219 meter dan dengan kepanjangan kira-kira 21.3 meter.
Jambatan itu juga diperbuat daripada kaca dan mempunyai ketebalan sehingga 63.5 centimeter.Sementara Gunung Tianmen di China dikenali dengan wujudnya banyak gua dan memiliki kekayaan tumbuhan yang jarang didapati. Kereta kabel juga terdapat di taman negara tersebut dengan jarak sepanjang 4 batu dan merupakan kereta kabel yang terpanjang di dunia.Laluan serupa juga sedang dibina di Gunung Shifou. Apabila anda menyambung, laluan ini, kepanjangannya menjadi sepanjang 2.8 kilometer. – Daily Mail