nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Monday, November 28, 2011

Kerana diperkosa, wanita ini dipenjarakan

Gulnaz dituduh berzina, selepas dia dirogol pada tahun 2009 dan mempunyai anak akibat serangan itu. Dia berada dalam penjara Baghbadam di pinggiran Kabul selama dua tahun hingga kini dan telah diberitahu bahawa satu-satunya cara untuk mengekalkan maruah dan bagi mendapatkan pembebasan beliau adalah dengan berkahwin dengan lelaki yang merogolnya.

Beliau kini berusia 21 tahun. Mahkamah mengatakan, ia dihukum 12 tahun penjara kerana perzinaan. Ia menjalani hukumannya bersama anaknya, hasil dari peristiwa pemerkosaan itu.

“Puteri saya, anak kecil yang tidak bersalah. Siapa yang tahu saya akan punya anak dengan cara seperti ini. Banyak orang mengatakan kepada saya bahawa setelah anak itu lahir berikan saja kepada orang lain, tetapi bibi saya mengatakan kepada saya untuk menjaga dia sebagai bukti bahawa saya tidak bersalah. “

Pemerkosaan tersebut, yang menurut mahkamah merupakan perzinaan, merupakan aib, bukan hanya bagi dia tetapi bagi komunitinya. Maka, dia diberi pilihan untuk menikahi penyerang agar boleh keluar dari penjara dan mengesahkan bayi perempuannya di mata masyarakat Afghanistan yang konservatif. Gulnaz yang ketika diwawancara CNN sambil menimang anak perempuannya di pangkuannya menjelaskan, pilihan berkahwin merupakan satu-satunya cara ia boleh keluar dari penjara dan memulihkan martabatnya.

Dia ingat hari yang mengubah hidupnya dua tahun lalu itu, yang merupakan awal dari mimpi buruk yang panjang. Si penyerang tiba di rumah ketika ibu Gulnaz pergi untuk satu lawatan singkat ke rumah sakit. “Pakaiannya (perogol) kotor pada masa itu kerana ia pekerja pembinaan,” katanya kepada CNN dalam sebuah wawancara eksklusif. “Dia menutup pintu dan tingkap. Saya pun mula berteriak, tapi ia membuat saya diam dengan meletakkan tangannya di mulut saya,” katanya.

Gulnaz mengatakan, dia pada awalnya berupaya untuk menyembunyikan peristiwa itu kerana takut akan dibunuh sebab telah menimbulkan malu dan aib. Namun, aib itu terbuka juga. Beberap bulan selepas rogol itu, ia mula menunjukkan tanda-tanda kehamilan, Mual dan muntah-muntah di pagi hari. Ia tidak boleh menyembunyikannya lagi.

Bukannya mendapat simpati, ia malah disalahkan. Namun ia menilai, dirinya masih beruntung kerana mendapat peluang kedua. Banyak perempuan dalam kedudukan sepertinya telah dibunuh di Afghanistan kerana insiden seperti itu buat malu keluarga dan masyarakat.

Seorang jurucakap Peguam Negara Afghanistan, Rahmatullah Nazar, berkata, hukuman terhadap Gulnaz dikurangkan kepada tiga tahun dan bahawa kesalahan utama dia adalah tidak melaporkan rogol yang menimpanya lebih awal.

Peguam Gulnaz, Kim Motley, berkata, pelanggannya baru hari Selasa diberitahu bahawa hukumannya dikurangkan dan tidak ada notis rasmi tentang itu.

Rahmatullah Nazari berkata, penyiasatan pihak peguam menyimpulkan, tak ada rogol. Yang terjadi adalah hubungan seks di luar nikah. Maka, kedua-duanya, si lelaki penyerang dan Gulnaz dihukum kerana melakukan perzinaan. “Gulnaz mendakwa bahawa dia diperkosa. Tapi kerana dia melaporkan jenayah itu empat bulan kemudian, kami tidak boleh mencari bukti (rogol) tersebut,” kata Nazari. “Dia dihukum kerana tidak melaporkan kejahatan itu pada waktunya.”

CNN mengesan perogol Gulnaz ke sebuah penjara di Kabul. Lelaki itu membantah berkaitan seks dengan Gulnaz. Dia mengatakan, dia menjalani hukuman kerana dituduh melakukan rogol. Dokumen keputusan hukumannya menunjukkan, dia dipenjara kerana “zina”.

Para aktivis hak asasi manusia mengatakan, kes rogol sering ditangani sebagai perzinaan dalam sistem mahkamah di Afghanistan.

Sementara Nazari menambah, bagaimanapun, Gulnaz akan menerima pengampunan presiden. “Ada kemungkinan yang kukuh bahawa ia akan diampuni berdasarkan sebuah surat perutusan presiden pada hari-hari penting seperti pada Perayaan Maulid Nabi atau tahun baru Afghanistan,” kata Nazari.

Menurut Nazari, siasatan pihak peguam Afghanistan menyimpulkan, Gulnaz dan si penyerang telah beberapa kali melakukan hubungan seks berdasarkan suka sama suka. Beberapa bulan kemudian, ketika Gulnaz diketahui hamil, kata Nazari, keluarga mereka bertemu untuk menyelesaikan masalah melalui pola bayaran ‘ganti rugi’. Ketika perbincangan itu buntu, Nazari berkata, tuduhan rogol dibuat.

Mahkamah akhirnya mendapati, kedua-dua belah pihak bersalah telah melakukan perzinaan. Gulnaz dikenakan hukuman penjara dua tahun, dan si penyerang tujuh tahun. Sebuah keputusan di mahkamah rayuan kemudian menaikkan hukuman Gulnaz menjadi 12 tahun. Pada mahkamah ketiga, yang berlaku bulan yang lalu, memutuskan bahawa Gulnaz hanya menjalani tiga tahun dari masa hukumannya. Mahkamah itu menyatakan, dia dihukum bukan kerana perzinaan melainkan kerana tidak melaporkan kejahatan itu lebih awal.

Sepanjang wawancara dengan CNN, Gulnaz menjadi emosional tetapi konsisten dan jelas dalam menceritakan kisahnya bahawa insiden rogol hanya sekali terjadi oleh seorang penyerang, iaitu suami dari sepupunya. Peristiwa itu berlaku semasa ibunya berkunjung ke rumah sakit dan ia sendirian di rumah. – kompas

Perempuan Ini Dipenjara Kerana Diperkosa
sumber

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates