Tahukah anda bagaimana kaca-kaca ini terhasil? Kisah ini bermula pada awal abad ke-20 apabila di MacKerricher State Park pada masa dulu terdapat banyak kilang-kilang yang menghasilkan barangan perhiasan kaca dan hasil daripada sisa kilang tersebut telah dibuang di pantai.
Seiring dengan perjalanan waktu, kilang-kilang tersebut akhirnya berkurang dan terus hilang. Manakala pantai tersebut yang dahulunya dijadikan tempat pembuangan sisa kaca ini akhirnya dibuka semula. Kaca-kaca tersebut tidak tajam kerana terhakis oleh hakisan air laut dan akhirnya menjadikan pemandangan pantai tersebut cantik untuk dikunjungi.