nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Sunday, November 13, 2011

'Saya Saksi Khairul Fahmi Che Mat Tidak Minum Arak' – Asyraf

Entry ini dipetik dari blog hiburan BeautifulNara.com . . dibawah berikut merupakan komen salah seorang yang berada ketika parti hari jadi Dalia Teck . .

Saya bukan nak mempertahankan sesiapa tetapi pada Apex, dia jadi mangsa keadaan. Mereka berdua pun tak kenal saya sebab saya pergi birthday party Dalia tu sebab teman kawan saya.

Ya, saya memang ada di tempat kejadian semasa birthday Dalia Teck. Memang tak dinafikan itu semua botol arak, adatlah masuk kelab kan. Tapi saya pelik macam mana orang boleh tuduh Apek minum sedangkan apek langsung tak sentuh air tu. Sumpah demi Allah saya berkata benar. Saya ada gambar bersama Fahmi ketika event tu baru nak mula, memang muka dia dari awal sampai akhir sama je warna merah berikutan keadaan yang sempit dan orang yang ramai. Lagi satu dia kan putih, lain la kita ni kulit gelap, kalau saya nak tipu awak la kan Serenity, kenapa saya berani sumpah?

Sebab lepas event tu Apek still okay lepak kat luar after event tu, tak ada pun jalan huyung- hayang dekat kedai makan pada masa itu. Dia, Dalia dan perempuan yang badan dia gemuk saya tak tahu nama mungkin kawan Dalia sebab dia bagi teddybear kat Dalia. Bukan mata kepala saya saja nampak, saksi kat situ yang nampak Apek tak minum dan still okay sampai akhir event tu...

Komen asal Asyraf di BeautifulNara ialah:-

apek mana minum arak la wei… aku ada kat tempat kejadian… aku nampak dia g lepak dgn perempuan gemok n awek dia pas event tu kt kedai makan… time tu pkl 3 pagi cmtu kalau aku x silap… aku tatau sapa pmpuan tu tp dia mmg gemok… dia elok je borak2, xde lentok2 pun mcm org mabuk yg lain… pada yg hantar email tu,,, cukup2 la buat fitnah.. dia mmg nak jatuhkan apek… bila game besar nak dekat mula lah mcm2 fitnah apek dpt… hati busuk punya olang!!

Pihak beautifulnara telah melakukan siasatan dan mendapati Asyraf mempunyai profil Facebook yang sahih dan sudah mempunyai akaun Facebook sejak beberapa lama. Kepada orang ramai, bolehlah menghentikan spekulasi. Sememangnya Khairul Fahmi dan Dalia tidak harus pergi ke tempat tersebut, tetapi mereka memang tidak minum seperti mana yang diberitahu sejak awal. Kami berharap Khairul Fahmi akan berjuang dengan tenang untuk Sukan SEA 2011 selepas ini. Semoga pulang membawa emas!

Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates