Dia adalah Nabiah Baba Vanga yang selalu meramalkan apa yang akan terjadi kepada dunia dalam tempoh 3000 tahun akan datang.
Vanga (Vangelia) Pandeva lahir pada 31 Januari 1911 dan menghabiskan hidupnya menetap di Bulgaria sampai lah dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996. Dia kehilangan penglihatannya ketika berusia 12 tahun ketika itu dia telah dibawa oleh tornado. Dia telah ditemui hidup dengan pasir di matanya, sehingga menyebabkan ianya buta. Vanga mula membuat ramalan ketika dia berusia 16 tahun. Dia menjadi sangat terkenal kerana kurnia yang diperolehinya banyak yang tepat. Banyak pemimpin negara termasuk Hitler mengunjunginya.
Ramalan Vanga yang paling mengejutkan dan sudah terbukti adalah:
“Pada permulaan abad, pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk akan ditutupi dengan air, dan seluruh dunia akan menangis di atasnya.” (1980)
Ramalan yang tidak masuk akal saat itu. Awalnya ramai yang tidak percaya sehingga akhirnya dua puluh tahun kemudian, ketika kapal selam nuklear Russia tenggelam dalam kemalangan pada bulan Ogos 2000. Kapal selam itu bernama Kursk. Kursk adalah nama kepada sebuah bandar (menjadi nama kapal tersebut)
“Mengerikan, mengerikan! Kembar Amerika akan jatuh setelah diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam semak (Bush), dan banyak orang tidak berdosa menjadi mangsa.” (1989)
Terjadi seperti yang dianggarkan. World Trade Center Towers di New York runtuh selepas serangan pengganas pada 11 September 2001. WTC Towers itu digelar “Kembar” atau “Brothers.” Para pengganas menghantar penumpang pesawat “burung besi” ke dalam menara. “Bush” jelas berkaitan dengan nama keluarga presiden AS ketika itu.
Itu adalah 2 ramalan Vanga yang benar 100%. Anda hendak percaya atau tidak atau mungkin menjadi paranoid? Faktanya adalah tiada siapa yang tahu adakah semua yang diramalkan di bawah ini akan menjadi kenyataan atau tidak, kita lihat sahaja lah perkembangan dan kenyataanya.
Ramalan-ramalan Vanga di masa depan:
2011
Diturunkan hujan radioaktif di sebelah utara bumi, tiada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tertinggal.
2014
Sebahagian besar orang di dunia ini akan mempunyai kanser kulit dan penyakit seumpamanya, akibat daripada perang kimia.
2016
Eropah hampir tiada orang yang akan tinggal di sana.
2018
China menjadi kuasa dunia baru.
2023
Orbit Bumi akan berubah sedikit.
2028
Pembangunan sumber tenaga baru. Kelaparan perlahan berhenti menjadi masalah. Dapat Mengemudikan pesawat luar angkasa sampai ke Zuhrah.
2033
Ais di kutub utara dan selatan mencair.
2046
Setiap organ boleh dihasilkan secara besar-besaran. Pertukaran organ tubuh menjadi kaedah rawatan yang digemari.
2076
Tidak ada masyarakat kelasan (komunisme)
2088
penyakit baru merebak, orang-orang mulai tua dalam beberapa saat.
2097
Penyakit tua tersebut mulai sembuh.
2100
Manusia membuat matahari yang dapat menerangi bahagian gelap dari planet bumi.
2111
Manusia menjadi robot.
2123
Perang di antara negara-negara kecil.
2125
Kelaparan di seluruh bumi (Manusia akan teringat pada Vanga semula)
2130
Koloni di bawah air.
2154
Haiwan menjadi separuh manusia.
2167
Agama baru muncul.
2170
Kemarau di seluruh bumi.
2183
Koloni di Mars menjadi negara nuklear dan meminta kemerdekaan dari Bumi.
2187
Berjaya menghentikan 2 letusan gunung berapi.
2195
Koloni Laut sepenuhnya dibangunkan, tenaga dan makanan berlimpah ruah
2196
Kepimpinan campuran antara Asia dan Eropah.
2201
Proses termonuklear lambat. Suhu menurun.
2221
Dalam pencarian kehidupan di luar Bumi, manusia akan menemuai dengan semua perkara yang mengerikan.
2256
Spaceship freighting membawa penyakit baru ke dalam bumi.
2262
Orbit planet mula berubah secara berperingkat.
2271
Hukum-hukum fizik berubah
2273
Percampuran bangsa kuning, putih dan hitam. bangsa baru muncul.
2279
Tiada Tenaga (mungkin dari vakum atau lubang hitam).
2288
Perjalanan kembali ke zaman dahulu (Sisa Perjalanan diciptakan?). Kenalan baru dengan orang asing.
2291
Matahari menjadi sejuk. Usaha-usaha sedang dilakukan untuk menyalakannya lagi.
2296
Perubahan gaya graviti.
2302
Misteri tentang alam semesta yang terungkap.
2304
Misteri bulan terungkap.
2341
Sesuatu yang mengerikan mendekati Bumi dari angkasa.
2354
Kekeringan.
2371
Kelaparan di mana-mana.
2378
Bangsa baru tumbuh dengan cepat.
2480
Dua lelaki membuatkan matahari bertembung. Bumi berada dalam kegelapan.
3005
Perang di Mars. Perubahan laluan planet.
3010
Komet melanggar Bulan. Sekeliling paksi Bumi menjadi batu dan debu.
3797
Pada masa itu keadaan Bumi membunuh semua kehidupan, tetapi manusia akan dapat meletakkan dasar bagi kehidupan baru di sistem bintang lain.
3803
Sebuah planet baru dihuni oleh sedikit manusia, Iklim planet baru mempengaruhi organisma manusia, mereka bermutasi.
3805
Perang antara manusia kerana merebut sumber.
3815
Perang sudah selesai.
3854
Perkembangan peradaban hampir berhenti.
4302
bandar-bandar baru tumbuh di dunia. Pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi baru.
4302
Perkembangan ilmu pengetahuan. Para saintis mencari dalam keseluruhan kesan dari semua penyakit dalam perilaku organisma.
4304
Penemuan cara untuk mengubati semua penyakit.
4308
Kerana mutasi, pada akhirnya orang mula menggunakan otak mereka lebih dari 34%. Benar-benar kehilangan pemahaman tentang kejahatan dan kebencian.
4509
Memahami Tuhan.
4599
Orang-orang mencapai keabadian.
4674
Perkembangan tamadun telah mencapai kemuncaknya. Bilangan orang yang hidup di planet yang berbeza adalah 340 bilion. Asimilasi bermula dengan alien.
5076
Sempadan alam semesta. Dengan itu, tiada siapa yang tahu.
5078
Keputusan untuk meninggalkan batas-batas alam semesta. Walaupun terdapat sekitar 40% dari populasi yang menentangnya.
5079
The End of the World