nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Saturday, December 17, 2011

Seorang tahanan dibenar saman penjara kerana kemaluannya digigit tikus


New York - Seorang tahanan berasal dari New York yang mengeluh kemaluannya digigit tikus ketika dia ditahan di penjara, akhirnya diizinkan untuk menyaman pihak berkenaan.

Peter Solomon mengakui dia diberi suntikan rabies seraya menambahkan bahawa warden penjara tahu sel di mana dia ditempatkan penuh dengan tikus.

Pengacara untuk Nassau County berusaha mencari cara agar saman itu dibatalkan.

Dalam salah satu argumennya, pakar kesihatan mereka menuturkan bahawa mereka tak melihat bukti adanya luka serius, demikian laporkan BBC.

Solomon ditahan di Lembaga Pemasyarakatan Nassau, dekat New York, pada tahun 2007 sebelum persidangan atas tuduhan dia telah mengancam isterinya.

Veteran perang Vietnam ini mengatakan bahwa dia menderita gangguan shock traumatik, kini dipindahkan ke unit observasi medik di tengah kekhuatiran dia menderita sakit mental.

Dia mendakwa seekor tikus atau "haiwan pengerat" muncul dari lubang di tilam tidurnya pada suatu malam. Haiwan itu menggigit kemaluan dan tangannya sampai berdarah.

Mr Solomon, yang kini berusia 50 tahun itu mengatakan pihak county memberikan perlakuan yang berbeza dan gagal melindunginya dari kutu. Kini ia menuntut ganti rugi sebagai kompensasi.

Pihak County membantah pernyataan Solomon dan mengatakan bahawa masalah tikus itu biasa di penjara selain itu luka yang dialaminya tak memerlukan jahitan dan luka-luka lainnya lebih bersifat psikologis.

Namun hakim Arthur Spatt tak sependapat dengan pihak County. Dia menyatakan bahawa Mr Solomon dapat melanjutkan saman untuk kelalaian jaminan perlindungan sebagai kompensasi.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates