Kim Kardashian
Ibu beri galakan muncul muka depan majalah W
LOS ANGELES: Selebriti seksi Amerika Syarikat, Kim Kardashian menyesal kerana bergambar bogel untuk majalah Playboy namun perasaan malu yang dibuat-buat itu tidak menghalang bintang realiti itu berbogel semula di depan kamera.
Kali ini beliau membuka pakaian untuk menghiasi majalah fesyen paling terkenal Amerika, W, atas alasan ‘seni.’
Kardashian, 29, muncul dengan berbogel penuh untuk muka depan majalah W keluaran November depan. Bagaimanapun, sebaris perkataan diletakkan secara strategik untuk menutupi bahagian sulit tubuhnya.
Gambar dalam majalah itu menyaksikannya berbogel penuh dengan tubuhnya ditutupi lapisan cat perak tebal, menunjukkan punggungnya yang montok.
Mula dikenali selepas tersiarnya pita seksnya dengan bekas teman lelaki dan penyanyi rap, Ray J, beliau menyatakan tidak faham mengapa punggungnya paling diberi tumpuan media.
“Saya keturunan Armenia. Itu perkara biasa. Punggung saya mungkin tidak sebesar yang anda fikir kerana kaki dan pinggang saya kecil mungkin menyebabkan punggung saya kelihatan besar,” katanya.
Dalam satu temuramah dengan Harper’s Bazaar sebelum ini, beliau ‘amat kesal’ berbogel untuk foto muka depan mengghairahkan majalah Playboy pada 2007.
Namun, beliau sukar menolak untuk satu lagi rakaman seksi dengan W. Sekali lagi ibunya, Kris Jenner menyokongnya berbuat demikian. Gambar Kardashian diambil jurugambar seni terkenal, Mark Seliger.
“Jenner memberi nasihat kepada saya supaya lakukan saja,” kata Kardashian.
Bintang realiti televisyen itu kali pertama mendapat perhatian menerusi pita seks, dikatakan bernilai jutaan dolar hasil rancangan televisyennya, perniagaan butik Dash dan perjanjian produk.
Sebuah blog membidas selebriti itu dengan mengajukan persoalan sama ada aksi Kardashian boleh disamakan dengan seni.
‘Adakah anda akan benarkan anak lelaki dan wanita anda melihatnya? Jika ia adalah hasil seni, apakah beza foto Kardashian dengan aksinya dalam majalah Play-boy?” tanya penulis blog Babble. – Agensi