nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Wednesday, April 11, 2012

Aaron Aziz Berjaya Dapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia

Berita yang menggembirakan buat #aaronators ini dipetik dari Portal GUA yang disiarkan pada siang tadi:

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Aaron Aziz kerana telah berjaya mendapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia. Hanya tunggu masa nak diumumkan secara rasmi dan ambil kad pengenalan MyPR di Pejabat Pendaftaran Negara je.


Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik yang sampai ke telinga GUA.

Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.
“Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, katanya ringkas.
Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

GUA merasakan isu yang ditimbulkan sengaja digembar-gemburkan ekoran perhatian yang telah diberikan oleh media tempatan khususnya penerbit filem, stesen televisyen dan stesen radio kepada bintang kelahiran Singapura itu.

GUA hairan dengan sikap sesetengah artis tempatan yang cepat melatah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka seakan-akan masih mahu bergantung pada tongkat dan mengelak untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kekurangan mereka sendiri.

Tidak keterlaluan jika GUA katakan mereka ini merupakan golongan yang merasakan mereka jaguh kampung tetapi masih tidak berani bersaing di kampung sendiri. Cukup gentar apabila ada orang luar berjaya di kampung sendiri tanpa mahu mempelajari apakah rahsia kejayaan mereka bagi mengangkat taraf diri sendiri agar setanding dengan orang luar.

Jika sifat begini diteruskan, tidak ke manalah artis tempatan sebaliknya hanya menjadi ayam kokok di parlimen ciptaan mereka sendiri tanpa sedar tidak semua artis berpaksikan parlimen yang mereka cipta.

Lebih mendukacitakan apabila tentangan tersebut dilakukan terhadap ahli Seniman sendiri dan perkara ini diakui sendiri oleh Aaron yang mengesahkan dia merupakan ahli Seniman yang memiliki nombor keahlian yang sah. Bukankah Seniman sewajarnya melindungi ahli persatuan mereka dan bukannya sebaliknya?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung Ahad lalu mengiktiraf Aaron Aziz selaku pemenang anugerah utama Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Pemilihan pemenang dilakukan oleh pembaca akhbar Berita Harian.

Credit : Budiey.com
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates