nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Tuesday, April 24, 2012

Fida Ibrahim Sayang Mamat

Fida Ibrahim sayang Mamat Sepah!! selain nafi bernikah dengan VIP Fida Ibrahim masih sayang Mamat bekas kumpulan Sepah tersebut.


Ikatan percintaan antara pelakon Fida dengan pelawak Mamat Sepah yang telah terputus sejak setengah tahun lalu kini dikatakan kembali bertaut selepas mereka dipertemukan semula dalam sebuah program TV9 baru ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Fida ketika majlis pelancaran Barisan Artis Nasional di Ipoh, Perak.
“Selepas ditemukan semula dalam program hiburan Apa Saja FBI.. hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida akui baik dengan dia tapi tidak pasti sejauh mana perhubungan kami. Apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”ujar Fida

Menurutnya lagi, bekas kekasihnya itu masih berusaha untuk menambat semula hatinya.

“Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat memang nak pergi ke fasa lebih serius dalam perhubungan kami. Mamat juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia. 

“Namun begitu Fida akui ramai juga yang membantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Jika ada jodoh antara kami, adalah. Apapun, hanya serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang tak habis-habis cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah berterusan sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dias Sebagai seorang kawan, rasanya Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Setelah ditanyakan mengenai hubungan rapat Fida dengan seorang ahli perniagaan dari Kedah, beliau menjawab :-
“Kami hanya kawan baik. Kenal lebih setahun dan kemudian mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Bukan saya tak nak serius, tapi saya baru saja putus cinta dengan Mamat ni jadi lebih baik saya fokus dengan kerjaya dulu.”

Yang manakah lebih Fida Ibrahim sayang diantara Mamat atau ahli perniagaan itu? empunya diri sahaja tahu. Apa pun terpulang kepada ketentuan jodoh dan takdir.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates