Fida Ibrahim Kahwin Diam-diam di Thailand? - Baru saja nama Fida Ibrahim naik kerana kontroversi memakai pakaian ketat di dalam muzik video ‘Apa Kono Jang’, dianggap sebagai artis bermasalah dan juga kerana tidak berjaya menjadi peserta Akademi Fantasia 2013.
Belum sempat reda isu-isu lama, timbul pula isu lain? Sengaja timbulkan isu supaya nama tidak tenggelam atau benar terjadi?
Khabarnya, beliau telah berkahwin senyap-senyap di selatan Thailand. Benarkah?
Lebih menarik, Fida Ibrahim didakwa sengaja mencipta kontroversi percintaan dengan Zalif Sidek untuk sembunyikan pernikahannya dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang dikenali sebagai Shah.
“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP”
“Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jelas Fida Ibrahim yang juga dipersoalkan kerana punyai hiasan inai yang sedang merah di jari.
Penat berteka-teki dengan artis tempatan sekarang. Hal peribadi memanglah patut disimpan. Tapi, kalau pernikahan dan apa-apa yang berkait-rapat dengan hal ini patut diumumkan supaya tidak menimbulkan fitnah dan persoalan yang bukan-bukan.