nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

Saturday, October 1, 2011

Halim Othman kahwin tahun depan

Masih membujang di usia 47 tahun sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dirancang oleh kebanyakan lelaki.

Begitu juga dengan penyampai radio popular, Halim Othman, biarpun kelihatan begitu ceria dan bahagia bersama keluarga besar, Suria FM, namun naluri lelaki ini juga sebenarnya mempunyai keinginan sama seperti lelaki lain, iaitu mahu punya isteri, anak-anak dan keluarga bahagia.


Enggan terlalu memperkatakan tentang soal jodoh, Halim bagaimanapun mengakui ada merancang ke arah itu sedikit masa lagi.

“Apa yang boleh saya katakan adalah, masanya semakin hampir dan Insya-Allah perkara itu akan berlaku.

“Perkahwinan adalah perkara teratas dalam senarai impian saya, ia tidak akan berlaku dalam tahun ini tetapi tahun hadapan ia pasti ada.

“Calonnya masih dalam pengawasan, tetapi saya tidak mahu terlalu bercerita tentang perkara ini, kerana kebiasaannya jika terlalu banyak memperkatakannya, ia tidak berakhir dengan baik,”jelas Halim Othman.

Serasi

Bergandingan bersama Sharifah Shahira dan Zizi untuk slot Breakfast @ Suria setiap pagi di Suria FM, menurut Halim, ia merupakan gandingan yang serasi.

“Gandingan kami bertiga merupakan yang terbaik kerana kami merupakan tiga generasi yang berbeza.

“Biarpun ada kalanya ia kedengaran seperti huru-hara, tetapi huru-hara yang berlaku itu sebenarnya ada makna dan bukan tanpa hala tuju.

“Banyak respons yang kami terima menyokong apa yang kami persembahkan sekarang ini,”luahnya lagi.
Related Posts Widget For Blogger with ThumbnailsBlogger Templates