Perkara ini lah yang dilakukan oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat apabila beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan jenama pakaian sendiri, Zaf.Co.
“Jika tercedera atau kurang berupaya untuk beraksi, apakah yang akan terjadi kepada kami? Daripada situlah tercetusnya idea perniagaan baju trendy berjenama Zaf.Co yang kini diceburi oleh saya dan rakan perniagaan, seorang pemain bola untuk pasukan Harimau Muda,” jelas Khaiful Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia.